Jabatan Perancang Bandar


DASAR 1/2007 (BIL. MPK 55/2007)

DASAR BAGI PERANCANGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN BAGI KILANG TERES


1.0 LATARBELAKANG

Terdapat kilang-kilang teres sediada di kawasan Perindustrian Jakar II yang menjalankan pelbagai aktiviti bengkel yang dari semasa ke semasa memerlukan tambahan ruang kilang teres sediaaa secara tertutup di bahagian belakang. Akibat daripada aktiviti pembangunan tersebut, maka majlis membuat satu dasar dalam mempertimbangkan tambahan terhadap bangunan kilang.


2.0 KEPERLUAN PIAWAIAN PERANCANGAN SEMASA

Anjakan di bahagian belakang bagi kilang teres adalah 9 meter (30 kaki) dari sempadan lot sehingga ke bangunan berdinding.


3.0 DASAR PERLAKSANAAN

i. Semua kilang teres dibenarkan untuk membuat tambahan bangunan berdinding sehingga ke sempadan lot tanah (tanpa anjakan belakang);
ii. Bagi permohonan baru, syarat anjakan di bahagian belakang adalah dikecualikan sebagaimana (i);
iii. Cucur atap binaan di bahagian tambahan belakang dibenarkan searas dengan longkang yang berada di lorong belakang;
iv. Bagi tambahan ketinggian bangunan industri teres 1 tingkat dibenarkan kepada tambahan 1 tingkat setengah sahaja dan aktiviti yang dibenarkan pada ruangan tersebut ialah setor atau pejabat sahaja.

GAMBARAN CADANGAN DASAR BAGI TAMBAHAN BANGUNAN KILANG TERES



Gambarajah 1.1: Gambaran Cadangan Dasar Bagi Tambahan Bangunan Kilang Teres (Tanpa Anjakan Belakang)




Gambarajah 1.2: Keratan Rentas Tambahan Bangunan Berdinding Sehingga Ke Sempadan Lot Tanah (Tanpa Anjakan Belakang) Bagi Kilang Teres