DASAR 3/2007
(BIL. MPK 65/2007)
PEMAKAIAN GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN
TEMPAT LETAK KERETA DAN DASAR PELAKSANAAN
1.0 LATARBELAKANG
Buku Garis Panduan Piawaian Tempat Letak Kereta (TLK) telah
disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Semenanjung
Malaysia iaitu garis panduan bernombor JPBD 5/2000. Garis
panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
Terengganu pada 6 Julai 2000 (ruj: JPN 2/2002) dan medapat
perakuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Ogos
2002.
Garis panduan ini mempunyai kandungan sebagaimana berikut:
i. Tujuan
ii. Objektif
iii. Latar Belakang
iv. Prinsip Perancangan
v. Dasar-Dasar Pelaksanaan
vi. Garis Panduan Umum
vii. Garis Panduan Khusus
viii. Rekabentuk Susunatur Tempat Letak Kereta
ix. Garis Panduan Khas
2.0 DASAR PERLAKSANAAN
Bagi tujuan perlaksanaan, syarat-syarat penyediaan tempat
letak kereta ini diambilkira semasa permohonan Kebenaran Merancang
atau permohonan Pelan Bangunan sebagaimana berikut:
I. Menerima pakai “Buku Garis Panduan
Piawaian Tempat Letak Kereta iaitu rujukan : JPBD 5/2000 sebagaimana
keputusan MMKN.
II. Penggunaan jadual 7.3.1: Garis Panduan
TLK Gunatanah Perdagangan (Bandar melebihi 1 juta penduduk)
dipinda kepada garis panduan TLK gunatanah perdagangan (keseluruhan
kawasan Majlis Perbandaran Kemaman)
III. Bagi bangunan “free standing
building”, penyediaan TLK adalah meliputi 75% daripada
jumlah TLK yang diperlukan
IV. Bagi bangunan rumah kedai (convensional
shop lot; contoh lot kedai biasa (20 x 70 kaki) dengan ketinggian
1 hingga 4 tingkat; penyediaan TLK adalah mengikut keupayaan
fizikal tapak yang dibenarkan. Sementara baki yang tidak dapat
disediakan hendaklah dibayar sumbangan pada kadar yang ditetapkan)
V. Bagi bangunan rumah kedai (convensional
shop lot) dengan ketinggian melebihi 4 tingkat, hendaklah
menyediakan 75% daripada jumlah petak TLK yang diperlukan
dan baki 25% TLK hendaklah dibuat sumbangan kepada Majlis
mengikut kadar yang ditetapkan
VI. Bagi lot-lot yang diluluskan melebihi
nisbah plot (free standing building) yang dibenarkan, penyediaan
TLK hendaklah disediakan sepenuhnya
VII. Kadar bayaran sumbangan TLK yang dikenakan
adalah sebanyak RM5000.00 bagi 1 petak untuk setiap petak
yang gagal disediakan
VIII. Syarat bagi bayaran sumbangan akan
terbatal jika pemilik atau pemaju dapat menyediakan alternatif
tapak TLK di kawasan berdekatan atau dengan apa cara yang
munasabah bagi tujuan TLK awam tertakluk kepada kelulusan
Majlis
IX. Penyediaan petak-petak TLK di atas jalanraya
adalah dibenarkan pada rezab jalan susur bersaiz 12 meter
ke atas sahaja dengan rekabentuk yang diluluskan Majlis
X. Lorong tepi dan lorong belakang yang
mempunyai kelebaran 7.92m (26 kaki) ke atas sahaja boleh dibenarkan
digunakan untuk TLK dengan rekabentuk yang diluluskan oleh
Majlis.

|